Saturday, April 19, 2014

Pergi

Hari yang bakal tiba akhirnya tiba juga.
Aku sudah menjangka tibanya hari ini cuma tidak menjangka secepat ini.
Demi Tuhan hati aku rapuh.
Aku ingat aku akan kuat macam sebelum ni tapi rupanya tidak.
Hati aku tak kuat rupanya.
Aku menangis lagi kali ni.
Maaf hati kerana sakit untuk kesekian kalinya.

Aku bakal kehilangan dia.
Hatinya dipunyai seorang wanita lain.
Aku akan hilang kesayangan aku.
Aku tak tahu bagaimana mahu jelaskan kesedihan yang aku rasa.
Perit.
Sebak didada menyesakkan.

Sebelum ni,dah banyak kali pesan.
Jangan rapat sangat. Nanti jatuh sayang.
Nanti sakit.
Sekarang. Nah.
Padan muka. Rasakan sakitnya.
Maaf hati.

Kesayangan.
Aku doakan kebahagian kau.
Semoga bahagia ya.
Aku akan ada jauh dari kau untuk doakan kebahagian kau.
Jangan risau pasal aku kerana aku kan dah dewasa.
Aku kena berdikari dan biasakan hidup tanpa kau.
Sakit.
Tapi aku terpaksa.
Tidak mungkin,aku akan ada dengan kau.
Aku tidak mungkin jadi adik kecil kau selamanya.
Aku perlu jauh dari kau.
April tak memberi kebahgiaan pada aku.
April beri duka pada aku.
Pedih.
Aku harap Mei akan beri aku senyuman.

Jaga diri dengan baik ya kesayangan.
Aku akan rindu suara kau menyayi.
Aku akan rindu kata2 indah dari kau.
Aku akan rindu ketenangan dari kau.
Aku akan rindu semua pasal kau.
Jangan rindu aku.
Aku ada disini memerhati kau dari jauh.
Cukup bagi aku melihat kau bahagia.

Aku pergi dulu.

Friday, April 18, 2014

Jauh

Aku sedih.
Aku semakin jauh dari dia. Aku tak pasti sama ada perasaan aku saja atau apa. Tapi yang pasti aku sedih.
Mungkin aku terlalu memikirkan apa yang akan berlaku jika aku tiada dia di sisi kelak.
Aku sunyi.
Aku perlu dia untuk kata2 ajaib dari dia.
Untuk buat hati aku tenang.
Untuk buat aku kembali senyum.
Aku manusia yang tak faham dia.
Aku cuma pentingkan diri saja.
Aku tamak bila mahu semua perhatian dia pada aku.
Aku nak dia yang dulu.
Yang sentiasa ada untuk aku.
Aku rindu kau kesayangan.

Haii..
Kehidupan yang mencabar untuk minggu ini.
Mental rabak. Fizikal tenat.
Penat.
Sangat.
Hingga aku menangis lelah.
Menangis sendiri untuk puas rasa hati.
Biar saja berlalu dengan cara yang tersendiri.
Moga aku terus tabah dan terus berlari mengejar mimpi.
Alhamdulilah. Selesai satu lagi bahagian yang agak sukar untuk aku lalui. Akan ada 2 lagi cabaran. Moga mampu bertahan hingga kesudahnya.

Saturday, April 12, 2014

Bahagian 4,mukasurat 12

Lama tidak menulis. Lupa barangkali cara menulis.
Kehidupan yang agak sukar untuk aku lalui sekarang ini.
Mental dan fizikal berperang serentak untuk menang pertandingan kehidupan. Semoga berjaya.