Saturday, December 29, 2012

Anak Kecil

Assalammualaikum..

pernah dukung anak kecil?
anak kecil yang baru lahir dan yang belum menjangkau usia setahun?
tidak pernah? kau rugi..
kau tahu bertapa wanginya mereka..
wangi mereka hingga buat badan kau melekat dengan bau mereka.
bau itu kau akan suka hingga terbawa dalam mimpi..
bayi tak pernah yang tak comel..

sebenarnya jiwa aku mulai merindui Haizil dan Izzara.. bayi kecil yang buat tidur aku tidak lena..
bayi itu yang buat kaki aku berat untuk meninggalkan bumi selatan ini..
ahhh... sebulan lebih sahaja aku akan meninggalkan kalian kerana selepas itu aku akan kembali semula.

#ini punca aku tidak mahu kembali pulang


Perit

Assalammualaikum..

Aku memandang keluar dengan hati yang berbelah..
ahh..aku tak suka perasaan ini. 
aku benci perasaan yang tidak tenang ini..
perasaan yang buat hati rasa makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur tak lena tapi itu semua tak berlaku. aku tipu sahaja.. tetapi dari apa yang aku expresikan itu yang aku maksudkan.

keji.
perasaan ini buat aku menjadi malas..
baju-baju aku telah tersedia untuk di simpan tetapi aku pandang sepi.
barang-barang penting yang perlu dibawa ke pulau itu aku letak tepi..
ahh.. pemikiran aku cuma satu..
Aku Tak Mahu Menuju Ke Sana....
itu perit tau..


Tolong pergi mati jiwa kacau yang menganggu jiwa aku selama ini.. Tolong.. 
Aku Mohon..
Tolong Pergi..


Thursday, December 27, 2012

Teruja




Assalammualaikum..

aku sekarang teruja.
teruja kerana aku membeli sebuah buku FIXI.. keterujaan aku nak membaca buku tu amat tinggi.
ini adalah akibat jika kau mencintai buku melebihi dari cinta monyet kau tu..
tidak sabar menunggu buku itu tiba pada aku.
bersabar dan menunggu.





sekian.

Jiwa Itu Sakit

Assalammualaikum..
keadaan diri aku ketika menaip coretan ini amat tidak elok dalam erti kata lain tidak sihat.
Alhamdulilah.. Allah bagi aku ujian. :)
terima dengan hati yang tenang dan lapang..
mudah-mudahan diberi kesembuhan.
jujur aku dah biasa sakit begini hingga satu ketika aku menangis. tapi tidak mengapa.
asalkan aku mengambil ubat,InsyaAllah aku sihat kembali.

kita lupakan tentang itu seketika.. tetapi berkaitan dengan sakit juga. ah bukan sakit fizikal tapi sakit jiwa.
 kita terus saja bicara tentang apa yang aku mahu tulis tentang adik-adik sekarang.
ya. aku tegaskan. adik-adik.
bicara tentang ini saja hingga malam jumaat seterusnya saja belum tentu habis..

aku ingin cuma katakan bahawa aku tidak suka adik-adik yang baru nak mula kenal dunia hayut dengan dunia yang di beri nama Dunia Cinta. -sila pergi mati dengan cinta monyet kau-
emosi. sudah tentu. ah bukan aku tidak laku atau apa. tapi aku sedih dengan kemurahan cinta itu.
bisa kau jadikan cinta itu mahal sayang??
mahal..mahal..

seluar kecik kau saja ibu ayah kau yang beli.ada hati nak memikat anak dara orang.
ada lebih baik kau bercinta dengan buku sayang kerana itu lebih indah. Ayat-ayat cinta Allah saja kau tak mampu nak khatamkan kini kau menggedik nak khatam surat cinta yang lebih duniawi tu..


ahh... apa kata-kata aku ini kau kisah?
tidak?
terpulang. ini suara aku..

Apa yg ada ini adalah harapan kita,tidak salah untuk mengharapkan yg tiada,tetapi hargailah apa yg telah ada. 

-Hamka-


sekian.
aku nak tidur kerana sakit tidak tertanggung lagi..



Monday, December 24, 2012

Hujan




Assalammualaikum..

 Hujan membasahi bumi sejak pagi tadi.. khabarnya banjir semakin teruk.
Allah.
Terduduk aku mengenangkan berita itu. sahabat aku yang berada di sana pun dalam keadaan banjir. ujian Allah itu ada macam-macam cara. tabah dan sabar ya saudara ku sekalian.


Hujan ini bikin perut aku lapar dan mendesak nafsu untuk mencari apa jua makanan untuk diisi dalam perut. ahh.. nafsu selalu saja mengalahkan aku. sepupu ku dah bising kerana aku selalu makan tanpa hiraukan berat badan yang semakin rungsing. aku abaikan kata-kata dia. air seliter pun belum habis aku telan. ahh.. tidak istiqomah betul jiwa ini. dalam fikiran hanya makanan saja.

Hujan ini buat otak aku beku seketika untuk berfikir. kerana otak sedang mengakses waktu untuk tidur saja. nikmat dunia bila tidur waktu hujan dengan selimut tebal. enak jika dapat bermimpi indah.(baca: sweet dream). moga saja mata ini mampu terlelap dan mimpi indah muncul.. harapan saja.




Sunday, December 23, 2012

Azam


Assalammualaikum..

2012 bakal melabuhkan tirai dan 2013 akan membuka gelanggang..
cepat masa berlalu. cepat hingga azam lepas tidak dapat dilunaskan bahkan dibawa ke tahun hadapan. sadis. azam itu di barukan setiap tahun bahkan ada sesetengah manusia azamnya hampir sama setiap tahun.
itu lagi sadis.

azam aku? jangan tanya kerana setiap hari aku berazam.  hahha.. sila lempang aku.

aku tak dapat berfikir apa yang aku mahu tahun hadapan..
yang pasti dalam kepala aku di berfikir aku dapat capai sebiji camera cabuk. itu impian aku untuk 2013. sebab aku nak dia sangat..

aku harap tahun depan banyak cuti yang boleh buat aku jejak negeri selatan selalu..sebab aku akan rindu selalu.



Life Begins



Assalammualaikum...
terlihat gambar ini bikin hati aku tertanya apa itu maksudnya..
lantas mulut ini ringan saja bertanya pada Bonda.
Bonda kata kita akan kenal apa itu makna HIDUP apabila kita keluar dari zon selesa kita. Bonda terang lagi,  zon selesa yang dimaksudkan itu apabila diri kita di uji. dari itu kita akan kenal erti susah,erti tabah. tabah hadapi ujian yang diberikan.


"Allah tidak membebankan sesorang melainkan dengan kesanggupannya"
 (Surah al-Baqarah : 286)

Apabila Allah mengatakan yang kita sanggup menghadapinya ia sudah semestinya bukan sekadar bicara kosong tetapi meletakkan kamu pada satu kedudukan yang terbaik sekali.

"setiap masalah mengajarku erti kehidupan yang sebenar"


Terus Kuat

Assalammualaikum..

tajuk saja sudah menunjukkan aku akan cerita tentang KEKUATAN.
oh ya,bukan kuat macam badang. tapi kuat dari segi mental.
suatu ketika dulu aku manusia yang pernah jatuh kerana aku seorang manusia yang lemah ketika dugaan datang. aku menangis.meratap. tapi ketika itu aku jahil. mujur saja manusia keliling aku tidak pernah putus asa beri aku semangat. Bonda,Nenda,Ayahanda,Kekanda,Adinda dan sahabat sejiwa aku sentiasa menghulurkan aku semangat yang tiada kenal erti putus asa untuk lihat aku bangun. terima kasih semua.

dari mula aku menjejakkan kaki untuk mengapai cita-cita sebagai manusia putih suatu hari nanti hinggalah sekarang dalam usaha aku menggorek langkah untuk mengapai cita-cita itu, aku berusaha untuk terus kuat. terus kuat dengan tomahan dari manusia yang cemburu barangkali melihat kehidupan aku. hidup aku tidak lah seistimewa sesiapa. aku hanya manusia yang sederhana. kata-kata keji semua aku dengar dan aku telan.

sahabat: " persetankan itu semua. itu semua pemusnah masa depan jika kita ambil kira kata mereka.jika mahu berjaya jadikan kata-kata mereka itu vitamin untuk kau terus berjaya."
aku: "aku tidak mampu untuk meihat kata-kata cela itu buat cinta hati aku menangis. aku tak kuat untuk lihat mereka sedih.."
sahabat: "cinta hati kau akan menangis jika lihat kau longlai tanpa harapan kerana kau harapan mereka. kau kekuatan mereka. mereka kuat kerana nak lihat kau berjaya. jika kau lemah apa yang jadi pada mereka?"
aku: "Allah..aku lupa itu semua. aku terlalu fikir kata-kata manusia itu hingga aku lupa tentang harapan mereka. aku lupa tanggungjawab aku kerana manusia yang mencaci aku."
sahabat: "sahabat yang aku kenal bukanlah suka menangis tetapi dia suka melawan. melawan keperitan dengan senyuman."


Alhamdulilah, Allah temukan aku dengan manusia yang jiwanya besar dan kuat. jadi aku terpengaruh dengan mereka. pengaruh itu membangkitkan aku untuk jadi manusia yang terus kuat dan tabah. ya. aku juga lali dengan caci maki mereka. Allah tempat aku mengadu kesedihan. sekarang kesedihan aku hanya DIA yang tahu. selagi aku mampu sorokkan tangisan,selagi itu aku akan tersenyum.



Hidup Itu Mesti Ada Penamat

Assalammualaikum..

hujan. alhamdulilah rahmat Tuhan yang tidak terkira pada kita. meski dalam hati ada risau jika banjir berlaku. itu semua kuasa DIA yang Maha Esa sebab dia tahu segalanya yang terbaik untuk kita.

tadi aku dapat khabar yang ada seorang warga kampung aku baru pergi menghadap DIA Sang Pencipta.. Innalilah. arwah sangat baik orangnya dan rajin tersenyum. Allah sayangkan dia. semoga Rohnya dicucuri rahmatNya. amin..

ajal dan maut yang kita tak tahu bila masanya. andai tiba waktunya kita akan pergi menemui Sang Pencipta yang Satu. yang penting amalan kita itu sudah cukupkah untuk di bawa ke sana?
 semoga saja amalan kita di terima oleh Allah.

Bermula Sebuah Cerita

Assalammualaikum..

wujudnya belog ini maka wujudnya ayat-ayat sarkastik dari aku sebagai seorang manusia yang mempunyai jiwa. jiwa kosong yang sedang dipenuhi dengan ilmu-ilmu Allah yang tidak terkira.
Alhamdulilah. aku mampu menulis dan mampu untuk meluahkan apa yang aku rasa pada belog ini meski aku rasa akan ada yang tidak puas hati mengenai apa yang aku tulis. itu tidak penting asalkan aku tahu apa yang aku tulis.
belog ini wujud untuk aku luahkan sesuatu yang tidak mampu aku luahkan di realiti kerana aku manusia yang tidak betah untuk berkata-kata andai orang ramai memandang ke arah aku ketika aku berkata-kata. sangat lemah rupanya aku.
belog ini bukanlah belog jiwang atau belog cinta tetapi ini belog yang sangat kaku. kaku dengan kata-kata jiwang. itu maksud aku.

jadi nantikan saja apa yang bakal aku tulis..
salam kenal :)