Sunday, December 1, 2013

1 Disember 2013

Pengajian dan bakal kerjaya aku melibatkan perlunya aku menghadap pelbagai karenah manusia.
Baik,buruk semua perlu dihadam lumat.
Caci maki sebagai rencah nya.

Dan kerana itu, hati aku perlu cekal..tabah..
Hadapi manusia yang terkadang busuk dari longkang.
Bagaimana?
Senyum dan pekakkan telinga.

Pernah suatu ketika..ada seorang manusia ini pertikai tentang kelulusan kami untuk teruskan pengajian.
Katanya nak teruskan pengajian kami cuma perlukan Sijil Pelajaran Malaysia (baca:SPM). Dia seorang lulusan STPM dan seorang mahasiswa disebuah universiti.
Silap dia kerana berbicara dengan manusia bermulut lantang.
Aku bidas,kataku..yang diterima masuk adalah manusia yang peroleh keputusan cemerlang.
Kataku lagi..aku pilih bidang ini kerana kepuasan bila dapat tolong manusia yang perlukan penjagaan rapi. Itu kepuasan. Boleh saja aku pilih pengajian yang mengikut trend atau kehendak sekarang tapi aku memilih ini sebagai laluan hidup aku. Tambah aku,abang2 aku dah ada jadi Engineer, Doktor, Arkitek. Kakak2 aku jadi Peguam. Jadi biar aku yang terlibat dalam badan beruniform pula. Ok. Itu bohong. Mana mungkin sebab aku anak sulung.

Terus saja dia senyap dan terlopong dengar bicara aku.

Aku meluat dengan manusia begitu. Yang sesuka hati menilai manusia lain. Siapa dia mahu menilai?

Sudah.puas aku meluah.
Mahu tidur dan berehat.

Sunday, November 10, 2013

Cerita semalam

Membesar aku sebagai manusia yang kasar bahasanya,lantang suaranya, segalanya yang akan buat kau membenci.
Bagaimana mahu menipu sedangkan itu aku. Hakikat yang kau kena terima bahawa aku manusia begitu.

Aku manusia yang tak tahu menjaga hati orang. Sebab ramai membenci.
Katanya aku sombong.
Katanya juga aku ni ada pasang surut emosi.
Katanya aku tak pandai berlemah lembut.
Itu aku. Bagaimana kau mahu mengubah aku hakikatnya aku manusia begitu.

Dalam begitu,aku manusia lemah.
Punya hati dan perasaan.
Terkadang aku mampu menangis kerana sakit yang dirasa.

Bonda pesan beribu kali. Jangan garang sangat. Jangan bengis sangat. Nanti orang benci. Hakikat bonda.
Anakmu ini tidak ada yang menyukai. Bahkan ada yang membenci.
Bagaimana anakmu ini mahu berubah cuma sekadar memuaskan hati orang lain sedangkan hati anakmu menderita,sakit,perit.

Manusia ini bukan malaikat yang terlalu baik.
Tapi manusia ini punya hati.
Bisa saja kau lanyak hati ini sampai hancur,bisa saja kau robek hati ini hingga rabak. Puas?
Puas kau buat aku menderita?
Puas kau lihat aku menangis?
Soal aku,adakah kau puas?
Sampai bila kau mahu pijak hati aku?
Sampai aku menangis tersungkur? Begitu?

Maaf kerana sampai bila pun aku tidak akan mampu menjadi seorang sahabat yang sempurna. Kerana aku tidak sesempurna dia.
Jujur. Hati aku berkecai dengan perlakuan kau. Jujur.

Teruskan saja kehidupan bahagia kau.
Biar saja aku berjalan sendiri kerana aku perlu melangkah sendiri mengorak langkah.
Pesan aku,kalau kau sedih atau kecewa dengan sahabat mu yang baru,aku ada disini. Sentiasa mendepa tangan menanti pelukan hangat kau,sudi meminjam bahu untuk kasi selesa.

Semoga bahagia sahabat.

Saturday, November 9, 2013

9.11.13

Kenapa lemah sangat ni? Kenapa mudah sangat menangis? Kenapa mudah sangat air mata ni jatuh?
Allah..aku tak kuat. Hati ini sakit. Sakit sangat. Hingga aku tak mampu nak meluah pada sesiapa.
Allah..beri aku kekuatan. Aku mohon. Bukan sekarang aku rasa sakit ini.

Friday, November 8, 2013

Pergi

Aku lihat manusia disebelah aku sibuk OTP (baca:on the phone). Sebelah kanan dan juga kiri. Aku ditengah? Berangan.
Bahagia mereka punya pacar yang mampu dibawa bicara,dibawa bergurau.
Aku..? Sendiri lagi ditemani muzik kegemaran dan gadget.
Kehidupan yang sendiri. Bahagia? Sudah tentu. Ditemani muzik kegemaran,gelak tawa bonda,rakan-rakan yang bahagia buat aku turut bahagia.

Sakit itu aku biar pergi. Pergi bersama sewaktu melangkahnya dia pergi dari hidup aku. Aku ikhlaskan. Biar dia pergi untuk cari bahagianya. Pernah aku mencuba untuk menagih cinta itu,tapi sudah tentu kekecewaan yang aku peroleh. Aku pegang kata-kata dia. Kalau ada jodoh kita akan bersama. Dan aku persetankan kata-kata orang yang wajah kami sama,tentu ada jodoh. Aku gelakkan saja.
Kerjaya lebih penting dari cinta. Itu aku pegang. Sebab aku diajar begitu.

Doakan aku bahagia dengan cara hidup aku. Doakan aku mampu tempuh dunia ini dengan cekal
Doakan kejayaan aku kerana aku sedang mengorak langkah untuk menjadi manusia yang berjaya dunia dan akhirat. Doakan langkah aku ini direstui oleh bonda,nenda dan ayahanda.

InsyaAllah

Thursday, October 31, 2013

Jiwa

Aku tak tahu bagaimana mahu memulakan penulisan.
Hampir lupa bagaimana dan aku sendiri tiada perasaan untuk melakukan benda yang aku suka tapi aku gagahkan untuk melakukannya. Kerana jiwa aku serabut. Entah. Tidak tenang dan tenteram.
Terkadang perasaan mahu menangis dan seperti biasa aku tahan tangisan itu kerana apa. Kerana aku tak mahu nampak lemah dihadapan mereka. Sedih jangan dikira. Entah berapa banyak air mata aku jatuh kerana hal itu.
Pernah kau rasa jatuh? Pernah kau rasa tidak diperlukan? Pernah? Bila kau rasa diperlukan baru kau dicari sedangkan bila kau tidak diperlukan.kau di buang jauh ibarat kau tidak berguna lagi.
Pernah terjadi pada kau apabila saat kau perlukan sesorang yg penting dalam hidup kau,dia pergi menjauh dari kau.? Apa perasaan kau? Rasa terhina?
Aku cuba berlagak kuat meski hati aku merintih. Aku pujuk diri aku,kenapa cinta 4 tahun dulu,aku mampu terima akhirnya dan bangkit semula sedangkan cinta yang baru ini aku menjadi lemah. Aku pujuk,aku muhasabah sendiri. Aku pegang kata-kata bahawa kalau ada jodoh takkan ke mana. Itu aku pegang sebab aku yakin dengan jodoh yang Allah tentukan. Sedihnya biar saja aku yang rasa. Sebab sakit tu tak mampu nak dinilai.

Sunday, October 20, 2013

Sepi

Assalammualaikum.
Rindu pada dunia tulisan. Rindu untuk meluah rasa negatif yang ada dalam diri aku. Rindu untuk berkarya barangkali. Rindu semua.

Selamat hari raya korban. Alhamdulilah aku dapat meraikan bersama keluarga tersayang dan alhamdulilah meriah meski seketika kerana cuti pendek.

Jiwa ini rindu,tapi tak mampu nak teriak. Jiwa ini gusar. Takut jika cintanya ditolak. Ditolak sayangnya. Itu buat jiwa semakin gusar dan bimbang. Apa dia punya waktu untuk disayangi dan menyayangi?
InsyaAllah.

Biar.. manusia itu mampu bertahan selama mana dia mahu. Biar dia hadapi dan terima hakikat kehidupan bukanlah seindah yang disangka.

Sekian.

Thursday, August 22, 2013

22 ogos 2013

Saat ketika ini Allah uji aku tanda kasih Dia pada aku.
Terima kasih Tuhan untuk cinta itu.
Terima kasih kerana buat aku kenal siapa sebenarnya kawan masa aku susah dan siapa sahaja yg ada masa aku senang.
Saat itu aku sedar siapa yg sebenarnya sahabat.
Yang selama ini ku sangka sahabat rupanya cuma ada waktu aku senang sahaja.
Waktu susah aku dibiar tertingkup sendiri.

Aku masih ingat lagi..
Ketika itu suhu badan aku mencecah 39.5·c.. aku menangis sendiri kerana Bonda tiada untuk menjaga aku. Aku menangis lagi. Menangis hingga cuma sendu sahaja yang bisa berbunyi. Ketika itu aku berharap dia yang aku gelar sahabat ada menjaga aku. Tapi dia cuma berlalu sahaja di luar kamar tanpa hiraukan aku.
Dan saat itu,entah kenapa air mata ini mudah sangat jatuh.
Dia buat aku sedar.. Sahabat yang baik itu sentiasa ada waktu susah dan senangnya kita.

Terfikir juga aku ketika itu mahu telefon Bonda. Tapi nanti akan membuatkan Bonda risau. Aku batalkan niat. Dan malam itu aku tidur bertemankan air mata dan aku berdoa sekiranya Allah nak tarik nyawa aku..biar aku pergi dihadapan Bonda dan Abah. Kerana aku nak mereka jadi manusia yang terakhir aku tatap sebelum menghadap sang kekasih.

Alhamdulilah. Sekarang aku beransur sihat. Berkat doa Bonda.

Kepada sahabat..mungkin saja kau malu punya kawan seperti aku. Mungkin saja kau takut dihinggapi sakit. Aku tidak salahkan kau. Kerana itu aku berterima kasih. Terima kasih ya.

Tuesday, August 13, 2013

Selasa 13 ogos 2013, Pulau

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..,
Moga saja aku tidak terlambat untuk mengucapkannya kepada kalian.
Maaf. Aku terlalu sibuk hingga melupakan kesayangan aku.
Aku telah kembali ke pulau setelah seminggu bercuti. Seminggu yang pada aku tidak bermakna sangat kerana semangat nak meraikan Aidifitri seperti hilang. Entah. Perasaan aku saja barangkali.

Seperti yang kalian tahu sememangnya aku adalah manusia yang tidak suka tinggal dipulau ni. Bahkan dikolej ni.
Tidak sampai sehari aku disini sudah mula hati aku disakiti.
Bosan. Seperti biasa,hati manusia lain perlu dijaga tetapi hati sendiri disakiti. Hebat permainan tu,
Bila berhadap dengan aku,buat muka.
Terkadang aku letih. Letih kerana terkadang aku yang beria2 nak bercakap tapi orang yang dilawan cakap seperti dinding. Itu namanya sial. Aku benci manusia begitu.

Apa yang nak buat aku gelak.. sebelum hari raya minta maaf nangis2 bagai tapi lepas raya buat perangai yang menyakitkan hati., its ok. Aku dah besar untuk hadap tu semua bahkan dah naik muak.

Sudah. Aku dah lepaskan apa yang terbuku dihati.

Sekian..

Tuesday, July 30, 2013

30.7.2013@5.47pm -pulau-

Pernah rasa macam kau hidup sendiri tanpa ada sesiapa disekeliling kau! Pernah? Itu yang aku rasa. Macam yang aku cakap kelmarin. Setiap tutur kata aku mestilah dijaga rapi agar orang lain tak terluka,tapi tutur kata orang lain,perlakuan orang lain pada aku dibiar lepas tidak apa.

Hahahhaa.. #ketawakeji

Aku mungkin saja dilahirkan manusia tidak punya hati barangkali pada pandangan manusia lain..

Keji. Sebab itu aku katakan tidak ada erti sahabat bila aku berada disini.

Monday, July 29, 2013

30.7.2013 @ 7.20am -penang-

Alhamdulilah. Masih bernafas pada hari baru yang mendatang.
Pagi ni terlintas di kepala aku nak jadilan belog picisan ni sebagai catatan harian aku agar kelak aku bila aku baca aku mampu mengingatinya kembali hari-hari lepas.

Ohh ya. Untuk kesekian kali aku tidak tahu apa yang menjadi kesalahan aku hingga teman sebilik tidak berbicara apa dengan aku. Diam. Senyap dan sunyi. Tadi aku berbicara dengannya. Tiada respon. Seperti saja aku berbicara sama dinding.  Dan untuk kesekian kalinya aku sudah lali. Hati aku dipijak bagai aku tidak punya hati sedangkan hatinya mahu dijaga. Tidak mengapa.  Barangkali tidak dengar apa yang aku katakan.
Hahahaha...
Aku bukanlah manusia yang keras hatinya hingga boleh dipijak begitu rupa. Aku masih mampu bersabar hingga aku masih mampu untuk itu.

Sykur nikmat

Alhamdulilah.
Aku yakin Allah tu akan sediakan pelbagai perancangan untuk aku bahkan untuk semua adalah yang terbaik.
Terkadang bila kita lihat orang lain dan kita tidak sama dengan mereka buat aku rasa bersyukur sangat. Terlalu bersyukur dengan nikmat itu.
Terima kasih Bonda dan Abah kerana didik aku untuk kenal erti syukur bahkan didik aku untuk tidak meminta meski kau dalam perihal apa pun sekali. Terima kasih Tuhan kerana kau ajarkan aku erti bersykur.
Biar papa asal bergaya dengan meminta dari Bonda bukan aku, alhamdulilah aku rasa iu.
Terima kasih Tuhan.

Sunday, July 28, 2013

Terima kasih

Tuhan,
Jika kelak kau mahu uji aku dengan ujian daripada kau dalam bentuk apa sekali pun. Aku mohon agar kau sertakan aku sedikit kekuatan,ketabahan dan sekat air mata aku dari jatuh menangisi itu semua. Kerana aku sedar yang itu tanda kasih kau bagi diri aku yang lalai sentiasa. Terima kasih Tuhan untuk ujian yang bakal datang dan akan kau beri pada aku. Terima kasih untuk kasih itu.

Bukan sempurna

Tuhan,
Pertama.
Terima kasih untuk persahabatan itu.
Terima kasih untuk rasa cinta itu.
Terima kasih kerana kenalkan dengan manusia-manusia itu.
Terima kasih kerana jadikan aku manusia yang kenal siapa diri aku bila bersama mereka.
Terima kasih Tuhan.

Lahir aku bukanlah sebagai manusia yang sempurna dalam segala hal. Ada cacatnya aku dalam kelam.
Orang lain mungkin tak bisa terima cacatnya aku tapi bukan mereka.
Siapa yang sanggup pegang tangan kau tatkala tangan kau basah mengila?
Siapa yang takkan pernah persoal kenapa tangan kau cacat?
Siapa yang ada waktu kau jatuh menangis tersungkur?
Siapa.?
Tuhan bagi mereka pada aku.
Tuhan hadiahkan bahu mereka buat aku tatkala aku menangis sendiri akibat caci maki orang lain.
Tuhan bagi aku dengar kata2 yang tenang keluar dari mulut mereka.
Aku syukur punya mereka.

Jauhnya aku dari mereka buat aku lebih menghargai mereka.
Aku kenal ramai manusia disini tapi tak sama dengan mereka.
Pisahnya kami kerana Tuhan aturkan.
Jauh kami cuma jasad,hati kami tidak.

Aku cuba cari manusia yang mampu gantikan mereka disini tapi tak sama.
Sebab tak siapa mampu terima aku seperti mana mereka terima aku.
Aku bebas menjadi diri sendiri bila dengan mereka tapi disini bila berkawan aku terpaksa hipokrit..
Aku benci jadi manusia hipokrit. Aku benci.
Aku kena jaga hati manusia itu tapi hati aku dicarit dan dirobek.
Bila dengan mereka,aku bebas jerit pekik.
Aku bebas bersuara.
Aku bebas mahu ketawa.
Dan hati aku dijaga seperti mana aku jaga hati mereka.

Aku rindu kalian.
Sahabat dunia akhirat aku.

Saturday, July 27, 2013

Kesekian kali

Assalammualaikum..
Apa khabar jiwa yang berpuasa? Puasa pada zahir atau keseluruhan?
Alhamdulilah aku masih mampu untuk berpuasa pada hari ke 18 ramadhan.
Untuk kesekian kali aku menyambut ramadhan di pulau. Seperti tahun sebelumnya. Meriah? Tetap tak sama bila dengan keluarga. Hakikatnya.

Maaf kerana aku tidak berkesempatan untuk menulis saat dan ketika ini kerana masa yang padat menghalang aku. Hidup yang dipenuhi rutin yang aku hadapi setiap hari. Sadis bahkan kadang kala membosankan.

Err.. kenalah tabah jiwa sebab demi masa depan untuk bergelar manusia putih. Ya. Demi itu dan cinta hati.

Sekian.

Wednesday, July 10, 2013

Yakin

"Tak perlu punya degree untuk bagus dalam sesuatu hal " Fynn Jamal

Kata-kata itu aku pegang hingga kini. Biar apa pekerjaan jika kau lakukan dengan ikhlas dan bersungguh kau akan jadi bagus. Percayalah pada diri sendiri tanpa kau dengar bebelan manusia sekeliling kau.

Aku yakin bahawa untuk berjaya tidak semestinya kau perlu jadi pelajar terpandai. Apa guna jadi pelajar terpandai tapi kau tak tahu nak applikasi ilmu yg kau punya dalam kehidupan seharian kau. Sebab itu orang yang berjaya kini asalnya adalah orang yang gagal dahulu.

Jadi pegang sahaja kata ini. Apa saja pekerjaan yang kau lakukan dengan ikhlas dan bersungguh untuk mendapat saham di syurga kelak,kau sudah menjadi bagus.

Sekian

Friday, June 28, 2013

Hilang jiwa

Assalammualaikum..

Bagaimana hidup kalian? Sihat? Aku begini juga. Tiada apa yang berubah. Masih lagi manusia kaku yang hanya bisa berbahasa sarkastik dan pelik.

Aku sudah pulang ke pulau. Tempat menuntut ilmu supaya kelak aku jadi manusia putih yang gigih. Semalam,air mata sedih barangkali menitis tatkala bas bergerak. Sadis tau. Hati aku seperti tidak mengikhlaskan semua langkah pulang aku. Bermain dengan perasaan sendiri sehingga air mata aku menitik laju dan akhirnya aku tidur yang ditemani oleh kesedihan.

Aku tak suka perasaan ni sebenarnya. Membunuh aku bahkan jiwa aku. Aku perlu masa untuk kutip semula kekuatan aku yang aku cicirkan. Berapa lama aku tak pasti. Yang pasti masa itu perlu.

Raya saja nanti aku akan pulang ke tanah air tercinta. Ya. Muhasabah jiwa dan pujuk hati untuk bersabar. Tak lama. Pejam celik kau dan balik. Kau ibaratkan mimpi. Sedar saja kau dan pulang semula. Tapi dalam mimpi kau perlu lalui semua itu.

Sekian.

Tuesday, June 25, 2013

Kembali pada asal

Assalammualaikum,,
Apa khabar kalian? Sihat? Moga sejahtera selalu hendaknya. Aku masih begini. Seperti hari-hari yang lepas. Masih menjadi penunggu setia buat dia. Hidup yg kadang membosankan.

Ketika ini masalah jiwa mungkin sedang melanda diri aku. Sadis.
Pernah kau alami di mana kau menyukai seseorang tetapi malang orang itu tidak pernah sukakan kau. Hahaha,

Itu perkara gila yang aku alami. Menunggu dan tetap menunggu meski aku tahu itu tidak mendatangkan apa pada diri aku dan aku masih tetap setia menunggu.

Aku sendiri tidak tahu sama ada dia faham dengan tanda yang aku berikan atau tidak. Aku tidak mengerti. Aku terlopong memandang segala kelakuan dia. Dia bahkan tidak pernah berubah meski tanda itu cukup jelas. Masih berkawan dengan aku,masih layan aku sama. Tapi sedikit perbezaan. Ianya tidak sekerap dulu. Ohh.. itu mungkin petanda yang dia berikan bahawa aku bukan orangnya dan aku patut berhenti berharap padanya.

Ohh ya.. mungkin aku patut berhenti seksa jiwa aku. Kerana ia sakit. Sakit sangat..hingga buat aku menangis. Dan aku akan rasa jiwa aku tenang bila aku menangis pada sang pencipta. Terima kasih ya Allah kerana memberikan aku ketenangan itu.

Ok, mari teruskan hidup yang normal. Kesat air mata dan kembali tawa,

Saturday, June 22, 2013

Masih wujud

Assalammualaikum..
Alhamdulilah aku mampu untuk menulis lagi meski aku menyepi untuk tempoh masa yang lama.
Bukan sengaja tapi keadaan yang tak mengizinkan.
InsyaAllah aku akan kerap menulis.
Untuk sebarkan seberapa ilmu yang aku punya untuk kongsi sama kalian.

Apa berita hangat dunia?
Negeri selatan sedang dilanda jerebu teruk. Allah sedang menguji hambaNya dengan ujian ini. Sebagai hambaNya kita perlu bersabar dan berdoa. Istigfar banyak-banyak agar hati terus tabah.
Ohh ya., hentikan pembakaran terbuka.

Aku mahu istirehat kerana keadaan aku tidak mengizinkan aku untuk berjaga lewat. Semoga saja kalian sihat sejahtera,

Sekian...

Thursday, January 31, 2013

rindu

Assalammualaikum..

apa khabar dengan jiwa?
sihat? alhamdulilah..
aku? alhamdulilah sihat bahkan jiwa aku juga sihat..pada dasar.
saat kini aku menghitung hari hendak pulang ke tanah lahir aku.
rindu pada mereka membuak-buak hingga aku sering termimpi berada di sana..
aku terlalu rindu mereka..
:'(

Saturday, January 19, 2013

Kepuasan

Assalammualaikum...

aku menaip kerana aku rasakan aku mahu menulis.. tiada niat lain.. sekadar berkongsi..

Terduduk diam
mengenang sesuatu yang tidak perlu
tapi jiwa menghalang kerana ia kronik
masalah duniawi yang berkesan hingga ke "sana"

aku terfikir seketika...
tiap detik manusia itu tidak puas
pernah kau dengar pepatah melayu
"diberi betis kau nak peha"
kronik bukan..
tidak tahu apa yang dicari..
tidak tahu apa yang dimahu
oh ya...aku terlupa tiap manusia punya matlamat tersendiri..
pelbagai,tersendiri dan ekslusif
hanya diri yang yang ketahui...
namun...
dalam manusia mengejar itu terselit sesuatu yang di panggil "kekuatan"
Ia muncul tatkala urusan mencapai matlamat..
ibarat berada di tali gantung..
kau tahu kenapa "kekuatan" menjadi acuan utama dalam hidup??
sebab dalam melalui lebuh raya kehidupan
kau akan temui pelbagai rintangan dan hentian..
hanya kau yang akan temui itu semua..
hanya kau..
tatkala itu "kekuatan" di perlukan untuk bangkitkan adrenalin...
moga adrenalin itu berkuasa untuk buat diri kau menjadi tabah harungi segala episod celaka yang kau temui..

Wednesday, January 16, 2013

Listen.Listen.Listen when I speak!!!

Assalamualaikum..

ohh isu hangat sedang berbangkit..
mungkin aku duduk di pulau tetapi ini tidak bermakna aku juga terpulau dari segala cerita baru..
semoga Bawani sentiasa berani mengutarakan pendapat beliau. sesungguhnya ramai yang menyokong kamu..

oh aku bukan berpihak pada sesiapa.
aku neutral kisahnya. jadi jangan fikir aku berpihak kepada sesiapa..
ahh ok..
penat tadi sebab aku baru main bola beracun.
gila tak kurus..
=.="
sepupu aku dok bising kenapa aku tak kurus lagi..
wahai manusia kau ingat lemak yang kau dah ternak hampir 20 tahun boleh hilang macam tu saja?
fikir lah wahai manusia..
aku serabut dengan tekanan. aku serabut dengan desakan.
tolong jauhkan aku dari semua alahan itu..
kalau kau tidak mahu lihat aku terduduk.

ok. itu saja aku nak cerita.
sekian.

Tuesday, January 15, 2013

Coffee + dunhill + coffee + dunhill + coffee + dunhill +dunhill + dunhill = mampus

Assalammualaikum...

Tajuk tidak membawa makna apa-apa..
saja sekadar mengisi masa lapang dengan tulis tajuk demikian.. oh ya.. hidup aku yang terlalu sibuk hingga buat aku lupa tentang wujudnya belog picisan ini..
ahkirnya aku ingat ia kembali. Alhamdulilah.. :)

ok..sebenarnya perasaan membuak hendak meluahkan di sini..tetapi bila tiba masa aku lupa. jujur aku lupa bagaimana mahu mengarang cerita.
aku lupa bagaimana mahu mula cerita.
aku di sini, jiwa aku sering di uji..
mental dan fizikal aku kena kuat lalui hidup yang tidak lurus.. pelbagai selekoh harus aku lalui untuk tiba ke destinasi seterusnya..
Sabar.. kau tahu aku perlu guna perkataan itu dalam segenap kehidupan harian aku walaupun aku terpaksa makan hati.. begitu.

jiwa ini tidak pernah kenal erti puas..
mungkin akan puas bila aku lihat senyuman di wajah cinta hati aku..
ohh ya.
memikirkan tentang Izzara buat aku runsing juga..
itu buah hati aku. Mak dia nak jumpa dia dan Mummy dia tak benarkan.
pada aku itu sebaiknya..
jika dulu dia sanggup buang Izzara jauh dari hidup dia kenapa kini dia menagih kasih Izzara kembali.
apa dia mahu? Wang? kalau itu dia mahu.. dia jumpa silap orang.
sebab apa ssekalipun aku tidak akan benarkan buah hati aku kau ambil..

ahh.. serabut.
rindu pada dia buat aku tidak tidur lena..
mohon doa aku kuat di sini..

Sunday, January 6, 2013

Bosan jiwa

Assalammualaikum..

jiwa yang rajin datang dari semangat yang tinggi. ohmai..
gila sudah.
sebenarnya aku bosan dengan manusia yang cerita tentang AJL [baca: Anugerah Juara Lagu] sebab aku tidak menonton.itu yang buat aku meluat dengan mereka yang cerita tentang itu. ok. maafkan aku sebab terlalu emosi. hormon tidak normal barangkali.

pernah kau rasa kebosanan tahap kau mahu hentak kepala di dinding sampai berdarah baru kau puas? pernah? kalau pernah itu yang aku tengah rasakan.  kalau boleh aku nak berlari jauh tinggalkan kebosanan ini tapi apa daya aku. ahh..kau bosan sebab kau tidak punya pulus [baca:duit] untuk keluarkan.. ok.tu satu suara setan yang dok mengata aku.biadap. tetapi memang kenyataan..

hidup dekat pulau ni perlu duit yang banyak sebab ini kota duit. ahh.. duniawi. segalanya duit. tidak mengerti kekadang aku ni.

ohh..kelas sudah bermula.. kehidupan yang buat hidup aku haru pun bermula secara automatik.
ahhhh.....



[nota kaki; terima kasih pada Syiqin Hadi dan Yaya sebab baca belog picisan ini. :) ]

Friday, January 4, 2013

Cerita Jiwa

Assalammualaikum..

selamat hujung minggu..
ah..minggu yang penat bagi aku dan meletihkan..
jiwa masih tertinggal dirumah dan aku masih berusaha untuk mendapatkan jiwa itu..
sungguh tiada perasaan tatkala ini.
hujan di luar seperti mengejek aku yang lelah.

sekarang aku kapten biru. Alhamdulilah.
selangkah ke depan untuk menjadi manusia putih. yang bakal berkhidmat untuk negara.
oh..aku ada pelapis [nota sendiri: junior] tak lah ramai tapi mampu untuk aku kenal mereka.
aku harap perangai mereka elok lah hendaknya. jangan seperti rusa masuk kampung sudahlah.

hujung minggu ni aku sekadar menternak lemak. oh ya aku dalam proses kuruskan badan.
sepupu aku dah bising sebab aku tak mula lagi operasi kurus.
ahh..dia hanya tahu membebel sahaja.

lagi satu,aku dah terima BUKU FIXI..
histeria barangkali jiwa ini apabila aku terima buku itu..
cinta pada buku amat tinggi sekarang.. buku itu buat jiwa aku teruja.
aku ketawa,menangis pun dengan buku itu..

ohh 2013 yang positif..


sekian..


Tuesday, January 1, 2013

Permulaan Bermula

Assalammualaikum..
Alhamdulilah.. aku selamat  tiba di pulau .
jauh dari cinta hati..jauh dari sahabat tercinta dan jauh dari tanah tumpah darah.
menangis.
kali ni aku tidak menangis kerana aku yakin bahawa perjalanan aku kali ni aku perlu kuat.
aku perlu kuat untuk cinta hati.
aku perlu bertahan untuk masa depan.
persetankan manusia yang mempertikaikan masa depan aku.
aku yakin aku boleh.

oh ya.
selamat tahun baru.
moga kau capai apa yang kau hajatkan.
moga impian kau terlaksana dan moga saja kau mampu harungi hidup dengan gembira.

mohon doakan kejayaan aku disini.
semoga kelak aku mampu menjadi "manusia putih" yang mampu berjuang untuk kalian.
doakan aku kuat ya.

sekian.