Sunday, November 10, 2013

Cerita semalam

Membesar aku sebagai manusia yang kasar bahasanya,lantang suaranya, segalanya yang akan buat kau membenci.
Bagaimana mahu menipu sedangkan itu aku. Hakikat yang kau kena terima bahawa aku manusia begitu.

Aku manusia yang tak tahu menjaga hati orang. Sebab ramai membenci.
Katanya aku sombong.
Katanya juga aku ni ada pasang surut emosi.
Katanya aku tak pandai berlemah lembut.
Itu aku. Bagaimana kau mahu mengubah aku hakikatnya aku manusia begitu.

Dalam begitu,aku manusia lemah.
Punya hati dan perasaan.
Terkadang aku mampu menangis kerana sakit yang dirasa.

Bonda pesan beribu kali. Jangan garang sangat. Jangan bengis sangat. Nanti orang benci. Hakikat bonda.
Anakmu ini tidak ada yang menyukai. Bahkan ada yang membenci.
Bagaimana anakmu ini mahu berubah cuma sekadar memuaskan hati orang lain sedangkan hati anakmu menderita,sakit,perit.

Manusia ini bukan malaikat yang terlalu baik.
Tapi manusia ini punya hati.
Bisa saja kau lanyak hati ini sampai hancur,bisa saja kau robek hati ini hingga rabak. Puas?
Puas kau buat aku menderita?
Puas kau lihat aku menangis?
Soal aku,adakah kau puas?
Sampai bila kau mahu pijak hati aku?
Sampai aku menangis tersungkur? Begitu?

Maaf kerana sampai bila pun aku tidak akan mampu menjadi seorang sahabat yang sempurna. Kerana aku tidak sesempurna dia.
Jujur. Hati aku berkecai dengan perlakuan kau. Jujur.

Teruskan saja kehidupan bahagia kau.
Biar saja aku berjalan sendiri kerana aku perlu melangkah sendiri mengorak langkah.
Pesan aku,kalau kau sedih atau kecewa dengan sahabat mu yang baru,aku ada disini. Sentiasa mendepa tangan menanti pelukan hangat kau,sudi meminjam bahu untuk kasi selesa.

Semoga bahagia sahabat.

No comments:

Post a Comment