Friday, January 24, 2014

Muka surat 24 dari 365

Alhamdulilah. Aku masih disini. Meneruskan kehidupan.
Kehidupan yang pada aku mencabar. Mencabar kerana perlu punya hati yang kuat dan tabah.
Ok. Kali ni agak gila. Menulis sebab aku rasa aku perlu menulis.
Bagaimana kau jatuh cinta pada manusia yang tak pernah kau bersua muka apatah lagi bercakap? Jatuh cinta dari kata-kata dia yang menenangkan. Ok. Kalau gila yang kau kata,aku rasa memang itu yang aku alami sekarang.

Berhenti.
Aku penat sebenarnya punyai perasaan seperti ini.
Perasaan yang pada aku agak gila untuk dirasa.
Mana mungkin cerita dogeng rekaan itu jadi realiti.
Penat untuk rasa sakit. Sakit kerana terpaksa tahan hati bila dia dimiliki oleh orang lain.

Biar saja mungkin.
Ok. Biar saja.
Ok.bai.

No comments:

Post a Comment