Thursday, March 6, 2014

Kesayangan

Kehadapan awk kesayangan.
Sekarang awak menjadi kesayangan saya.
Terima kasih untuk apa yang saya tak pasti.

Kesayangan..
Kita kenal hampir 4 tahun kan.
Satu tempoh yang lama bagi hubungan kita.
Dalam tempoh itu,kita tidak pernah sekali pon berjumpa.
Tidak pernah bertatap muka.
Bagaimana kita yang dulu strangers kini menjadi rapat?
Biar ia menjadi rahsia antara kita.

Kesayangan.
Setiap hari aku rasa hubungan kita terasa pelik.
Pelik yang bagaimana aku tidak tahu mahu ungkapkan.
Barangkali mungkin kerana kita sekarang menjadi manusia yang rapat. Mungkin.
Semua kisah aku,kau tahu.
Begitu sebaliknya.

Kesayangan.
Aku cuba nafikan perasaan aku pada kau.
Kerana aku tak mahu punya apa2 perasaan pada kau.
Biar hubungan kita tidak lebih sebagai abang adik.
Itu yakinnya kau tentang hubungan kita bukan?
Itu yang aku cuba tanam dalam hati ni.
Kerana aku tahu,dalam hati kau ada nama seseorang.

Kesayangan.
Jika perlahan2 aku undur diri dari kau..
Adakah kita akan masih macam dulu?
Bercakap bila perlu,tegur jika penting?
Adakah aku masih adik kecil kau?
Aku tidak mahu terjebak dengan rasa yang belum pasti ni.
Aku tidak mahu rasa ini akan membunuh aku.

Kesayangan.
Benarkan aku melangkah pergi jauh hidup kau.
Seperti mananya kita dulu.
Kerana aku tak tahan dengan perasaan ini.
Aku takut dengan perasaan sendiri.
Aku takut.
Kerana aku yakin,aku cuma mampu menggapai bayang2 kau saja.

Kesayangan.
Jaga diri baik2 seandainya aku mampu pergi jauh dari kau.
Jangan kau risau pasal aku kerana sekarang aku sudah dewasa.
Jangan pernah khuatir,bila aku jatuh sakit kerana aku manusia kuat.
Jangan pernah rindu aku ya.
Kerana kau tahu yang aku akan menangis bila kau rindu aku.
Redhakan pemergian aku jauh dari kau.
Aku mohon sama kau.

No comments:

Post a Comment